A web community of Strangers that comes together...
 
HomeCalendarFAQSearchRegisterMemberlistUsergroupsLog in

Share | 
 

 Ciri-ciri Wanita Yang di minati lelaki .... ehmmm...ehmmm...

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
mak_imma
Sahabat Sokmo
Sahabat Sokmo


Female
Number of posts : 243
Country : di kaki pelangi
Registration date : 24/06/2007

PostSubject: Ciri-ciri Wanita Yang di minati lelaki .... ehmmm...ehmmm...   Thu Jul 12, 2007 1:11 pm

BENARLAH kata-kata sikap lelaki memang sukar ditelah. Perangai mereka ada kalanya memeningkan kepala wanita terutama yang mencintainya.


Sesanda perlu menunjukkan rasa kasih mendalam terhadapnya demi meraih cintanya. Walaupun pada dasarnya cinta tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan, anda harus memberi sebahagian hati untuk membuat dia tertawan.


Untuk merasai lebih dicintai, anda sendiri harus mengetahui apa yang disukai lelaki pilihan anda itu. Jika lelaki sukakan wanita yang memenuhi cita rasanya, cubalah belajar mengenali hati lelaki.


Mana tahu sikap anda yang pandai mengambil hati, tidak mementingkan diri sendiri selain boleh bertolak ansur menjadi faktor lelaki itu memuja anda suatu hari nanti.


Lelaki juga tidak suka wanita yang mengada-ngada selain wanita yang agak ‘ganas’ dalam bergaul.


Untuk itu, tatacara pergaulan perlu dijaga supaya anda menjadi wanita yang lemah-lembut dan berhemah sepanjang pergaulan. Ia penting kerana anda tidak terlalu menampakkan sikap yang membuatkan lelaki cepat muak atau meluat.


Mungkin anda boleh mencuba petua ini, mana tahu persahabatan yang disemai berakhir dengan ikatan suci.

> Jadi pendengar setia
Lelaki suka wanita menjadi pendengar setia dan tidak suka kaum hawa yang suka membangkang.

> Suka dimanja.
Yang paling penting, lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik.

> Tarikan derapan kasut
Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.

> Jangan bersolek tebal
Lelaki tidak suka jika anda memakai alat solek terlalu tebal.

> Ingat hari pentingnya
Mengetahui bila hari lahirnya antara resipi penting yang perlu diketahui. Berbuatlah sesuatu untuk hari pentingnya itu.

>Hormatinya
Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

> Jangan terlalu kebudak-budakan
Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

> Agresif
Lelaki suka sikap wanita yang agresif.

> Jangan terlalu seronok
Jangan terlalu seronok ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.

> Jangan ganas
Jangan terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan.

> Jangan terlalu baik -

Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan sempurna.

> Jangan perasan -

Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.


> Sikap sederhana
Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

> Sikap keibuan
Bersikap keibuan adalah antara petua yang perlu dititikberatkan.

> Lemah-lembut
Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.

> Sensitif
Ketahuilah mereka adalah golongan yang terlalu sensitif dan sukakan kelembutan apatah lagi daripada seorang gadis.

> Kenali dirinya
Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum anda memulakan langkah untuk memikat.

> Jaga kecantikan
Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi jerawat batu!

> Gaya
kemas
Aset penting bagi anda untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya
langkah yang kemas.

> Jangan kuno
Jangan bersikap terlalu kuno.

> Sering tanya khabar
Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu supaya tali persahabatan anda dengannya tidak putus begitu saja. Mungkin suatu hari nanti sikap anda yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.

> Jujur dalam tingkah laku
Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran penting tetapi kecerdikan, kejujuran serta tingkah laku yang bersopan-santun.

> Suka yang beragama
Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu anda tidaklah perlu terlalu alim.

> Tidak mudah dipermainkan
Menunjukkan bahawa anda bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan selain tidak terlalu merengek dan mengada-ngada.

> Jangan tunjuk lemah
Jangan tunjukkan kelemahan anda ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

> Tunjuk matang
Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
Back to top Go down
View user profile
mami^rugged
Sahabat Sokmo
Sahabat Sokmo


Female
Number of posts : 76
Country : sungai chao phraya,bangkok siam
Registration date : 25/06/2007

PostSubject: Re: Ciri-ciri Wanita Yang di minati lelaki .... ehmmm...ehmmm...   Thu Jul 12, 2007 1:37 pm

tips yg berguna nih..shy
thks mak..hug
Back to top Go down
View user profile http://penanglineclear.blogspot.com
Abeerah
Sahabat Sokmo
Sahabat Sokmo


Female
Number of posts : 309
Registration date : 23/06/2007

PostSubject: Re: Ciri-ciri Wanita Yang di minati lelaki .... ehmmm...ehmmm...   Thu Jul 12, 2007 6:53 pm

Uik....criteria2 tu dah pass dah shy dah tahap Master dah kot... grinning ....cuma lelaki2 sekarang dah buta kot Punching

_________________
"...kadangkala ALLAH hilangkan sekejap matahari..Kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..Puas kita menangis,mencari di mana matahari! Rupa2nya ALLAH nak hadiahkan kita PELANGI..."
Back to top Go down
View user profile
Airin
Sahabat Sokmo
Sahabat Sokmo


Female
Number of posts : 211
Registration date : 22/06/2007

PostSubject: Re: Ciri-ciri Wanita Yang di minati lelaki .... ehmmm...ehmmm...   Mon Jul 16, 2007 12:02 am

hmmm....ad certain part kena improve nih grinning

_________________
hidup ini kenalah berfikiran positif
mulakanlah hari-harimu dengan bismillah dan senyuman
http://www.airin236.blogdrive.com/
Back to top Go down
View user profile
along
Sahabat Sokmo
Sahabat Sokmo


Female
Number of posts : 334
Country : Cloud Nine
Registration date : 22/06/2007

PostSubject: Re: Ciri-ciri Wanita Yang di minati lelaki .... ehmmm...ehmmm...   Mon Jul 16, 2007 10:36 am

eleh....lelaki nak wanita ikut corak depa.....tapi depa tu nak ke ikut corak wanita??? evilgrin titter

_________________
"Kemerdekaan sebenar adalah kemerdekaan jiwa dari pengabdian sesama makhluk kepada keluhuran akidah hanya kepada Allah." - Mufti Perlis, Dr Mohd Asri
Back to top Go down
View user profile http://www.youtube.com/alongxx/
Airin
Sahabat Sokmo
Sahabat Sokmo


Female
Number of posts : 211
Registration date : 22/06/2007

PostSubject: Re: Ciri-ciri Wanita Yang di minati lelaki .... ehmmm...ehmmm...   Mon Jul 16, 2007 6:54 pm

btul tu along...napa mesti pompuan yg harus mengalah?strike

_________________
hidup ini kenalah berfikiran positif
mulakanlah hari-harimu dengan bismillah dan senyuman
http://www.airin236.blogdrive.com/
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: Ciri-ciri Wanita Yang di minati lelaki .... ehmmm...ehmmm...   Today at 1:45 pm

Back to top Go down
 
Ciri-ciri Wanita Yang di minati lelaki .... ehmmm...ehmmm...
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
www.sahabatsokmo.net :: Sahabat Sokmo Hangout :: EXTRAS!!! EXTRAS!!! :: Etc. (Apa- Apa Saje/MERAPUlah..)-
Jump to: