A web community of Strangers that comes together...
 
HomeCalendarFAQSearchRegisterMemberlistUsergroupsLog in

Share | 
 

 Berita Dari Singapura: 26 Jun 2007

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Abeerah
Sahabat Sokmo
Sahabat Sokmo


Female
Number of posts : 309
Registration date : 23/06/2007

PostSubject: Berita Dari Singapura: 26 Jun 2007   Tue Jun 26, 2007 9:43 am



PELAJAR SINGAPURA NYARIS MAUT DI NZOleh
Soraya Salim
Dan Shamsul Jangarodin
SEORANG mahasiswa Singapura nyaris terbunuh apabila kereta sewa yang
dinaiki nya bersama tiga rakan terhumban ke dalam gaung sedalam 70
meter di Tasik Wanaka, New Zealand.

Cik Nur Haryani Mohd Hatta, 24 tahun, dan dua orang rakannya dari
Malaysia dan China mengalami luka ringan di perut, leher dan belakang.

Bagaimanapun, seorang lagi rakannya, Cik Veronica Lee May Tan, 20 tahun dan juga rakyat Malaysia, terkorban dalam nahas itu.

Mereka berempat mahasiswa Universiti Otago.

Cik Nur Haryani dipercayai hilang kawalan semasa memandu kereta Mazda
itu sehingga ia tersasar dari jalan raya yang licin kerana salji tebal.

Keluarga Cik Nur Haryani dipercayai telah ke New Zealand Sabtu lalu
untuk menziarahi lulusan Diploma Pendidikan Institut Pendidikan
Nasional (NIE) itu.

Kemalangan itu berlaku sekitar 12.30 tengah hari Khamis lalu di tasik
dekat Makarora itu, sebuah bandar kecil kira-kira tiga jam perjalanan
dari Du nedin di selatan South Island.

Empat mahasiswa perempuan itu sedang dalam perjalanan arah ke selatan,
dipercayai untuk bercuti sempena cuti penggal universiti.

Sejurus selepas kemalangan, mereka dibantu dua orang pelancong Inggeris yang ternampak kereta mereka remuk di kaki gaung.

Dua pelancong lelaki itu menghentikan van mereka dan turun ke dalam gaung. Seorang pemandu, Encik Nathan Brensell, 18 tahun, juga berhenti dan
memberi pertolongan sebelum menghubungi ambulans yang kemudian
mengejarkan mereka ke Hospital Dunedin, kira-kira tiga jam perjalanan
dari tempat nahas.

Timbalan Pro-Canselor bagi pelajar antarabangsa Universiti Otago,
Profesor Sarah Todd, ditukil akhbar The Southland Times sebagai berkata
bahawa tiga mahasiswa yang cedera itu sedang dibantu kakitangan
daripada pejabat antarabangsa universiti tersebut.

Menurut wartawan akhbar The Otago Daily Times, Cik Debbie Porteous,
ketika dihubungi menerusi panggilan jarak jauh kelmarin, ribut salji di
kawasan itu adalah yang paling teruk pernah dialami.
'Jalan raya tempat kemalangan itu telah pun ditutup polis kerana
terdapat satu lagi kemalangan di tempat yang sama,' kata Cik Porteous.

Seorang jurucakap Kementerian Ehwal Luar (MFA) pula berkata pihak
kementerian itu di Wellington tahu akan kemalangan tersebut dan sedang
berusaha menyediakan bantuan konsul bagi keluarga mangsa.

_________________
"...kadangkala ALLAH hilangkan sekejap matahari..Kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..Puas kita menangis,mencari di mana matahari! Rupa2nya ALLAH nak hadiahkan kita PELANGI..."
Back to top Go down
View user profile
mami^rugged
Sahabat Sokmo
Sahabat Sokmo


Female
Number of posts : 76
Country : sungai chao phraya,bangkok siam
Registration date : 25/06/2007

PostSubject: Re: Berita Dari Singapura: 26 Jun 2007   Tue Jun 26, 2007 3:37 pm

syukur selamat
Back to top Go down
View user profile http://penanglineclear.blogspot.com
Mel007
Sahabat Sokmo
Sahabat Sokmo


Number of posts : 542
Registration date : 22/06/2007

PostSubject: Re: Berita Dari Singapura: 26 Jun 2007   Tue Jun 26, 2007 4:07 pm

aduhhh... semua ok ...
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: Berita Dari Singapura: 26 Jun 2007   Today at 1:44 pm

Back to top Go down
 
Berita Dari Singapura: 26 Jun 2007
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
www.sahabatsokmo.net :: General Knowledge (Pengetahuan Am) :: News (Berita)-
Jump to: