A web community of Strangers that comes together...
 
HomeCalendarFAQSearchRegisterMemberlistUsergroupsLog in

Share | 
 

 KISAH RUMPUT DAN ORANG YANG DISAYANGI

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Airin
Sahabat Sokmo
Sahabat Sokmo


Female
Number of posts : 211
Registration date : 22/06/2007

PostSubject: KISAH RUMPUT DAN ORANG YANG DISAYANGI   Sat Jun 23, 2007 4:56 pm

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar.Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput
yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa
dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang.Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Sekian.

"...kadangkala ALLAH hilangkan sekejap matahari..Kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..Puas kita menangis,mencari di mana matahari! Rupa2nya ALLAH nak hadiahkan kita PELANGI..."


_________________
hidup ini kenalah berfikiran positif
mulakanlah hari-harimu dengan bismillah dan senyuman
http://www.airin236.blogdrive.com/
Back to top Go down
View user profile
Abeerah
Sahabat Sokmo
Sahabat Sokmo


Female
Number of posts : 309
Registration date : 23/06/2007

PostSubject: Re: KISAH RUMPUT DAN ORANG YANG DISAYANGI   Sun Jun 24, 2007 5:35 am

Airin wrote:


"...kadangkala ALLAH hilangkan sekejap matahari..Kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..Puas kita menangis,mencari di mana matahari! Rupa2nya ALLAH nak hadiahkan kita PELANGI..."


Ahhhh...Airin that hadith/quote is my fave.....was finding e full verse...abee guna utk siggy abee eh...Terima Kasihhhh
kissy

_________________
"...kadangkala ALLAH hilangkan sekejap matahari..Kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat..Puas kita menangis,mencari di mana matahari! Rupa2nya ALLAH nak hadiahkan kita PELANGI..."
Back to top Go down
View user profile
Airin
Sahabat Sokmo
Sahabat Sokmo


Female
Number of posts : 211
Registration date : 22/06/2007

PostSubject: Re: KISAH RUMPUT DAN ORANG YANG DISAYANGI   Sun Jun 24, 2007 2:25 pm

tkpe abee...pakai jer quote tu...sharing and caring beb kissy

_________________
hidup ini kenalah berfikiran positif
mulakanlah hari-harimu dengan bismillah dan senyuman
http://www.airin236.blogdrive.com/
Back to top Go down
View user profile
Mel007
Sahabat Sokmo
Sahabat Sokmo


Number of posts : 542
Registration date : 22/06/2007

PostSubject: Re: KISAH RUMPUT DAN ORANG YANG DISAYANGI   Sun Jun 24, 2007 9:50 pm

Seribu makna yg tersirat di sebalik "quote" tuh... meresap ke dlm jiwa ....
Back to top Go down
View user profile
mak_imma
Sahabat Sokmo
Sahabat Sokmo


Female
Number of posts : 243
Country : di kaki pelangi
Registration date : 24/06/2007

PostSubject: Re: KISAH RUMPUT DAN ORANG YANG DISAYANGI   Mon Jun 25, 2007 12:25 am

Mel007 wrote:
Seribu makna yg tersirat di sebalik "quote" tuh... meresap ke dlm jiwa ....

Meresap terus ke tulang sum sum ..................
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: KISAH RUMPUT DAN ORANG YANG DISAYANGI   Today at 1:44 pm

Back to top Go down
 
KISAH RUMPUT DAN ORANG YANG DISAYANGI
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
www.sahabatsokmo.net :: Sahabat Sokmo Hangout :: EXTRAS!!! EXTRAS!!! :: Inspirational Quotes/ Stories (Kata2 Hikmat)-
Jump to: